Football

Tan Cheng Hoe vs Manuel Pellegrini di Shah Alam pada 23 Januari

Tan Cheng Hoe vs Pellegrini. Baddrol Bakhtiar vs Gael Kakuta. Rizal Ghazali vs Gervinho.

Juara Piala Malaysia 2016, Kedah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Super China, Hebei China Fortune FC.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan menentang kelab China itu yang dikendalikan oleh bekas pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini pada 23 Januari nanti.

Hebei CF FC diperkuatkan oleh pemain bertaraf dunia seperti bekas pemain PSG, Ezequiel Lavezzi dan bekas bintang Arsenal Gervinho.

Perlawanan tersebut akan berlangsung tiga hari selepas Kedah bertemu Johor Darul Ta’azim di Larkin bagi aksi pembukaan Liga Super Malaysia.

Namun, malang buat peminat Kedah dan bolasepak Malaysia apabila pihak penganjur telah mengumumkan bahawa perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam ini akan diadakan secara tertutup dan tiada siaran langsung yang akan disiarkan.

Agak mengecewakan apabila perlawanan bertaraf antarabangsa ini tidak dapat disaksikan oleh penyokong Hijau Kuning yang pastinya akan membanjiri Stadium Shah Alam jika diberi peluang.

Other posts by