Malaysia bakal hantar kontinjen terbesar di Sukan SEA Kuala Lumpur

0
Photo credit: The Rakyat Post

925 orang atlet dijangka akan menyertai kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Pemangku Pengarah Jabatan Atlet Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin berkata kepada akhbar The Star bahawa Malaysia akan menghantar kontinjen terbesar dalam sejarah Sukan SEA selepas melakukan pemilihan akhir pada bulan Julai.

“Kita mempunyai lebih daripada 800 atlet dalam program Kita Juara, tetapi tidak semua akan dipilih untuk ke Sukan SEA.

”Ada juga yang berlatih sendiri dan dicadangkan kepada kami oleh persatuan mereka yang akan dipertimbangkan.

“Kita sedang menilai lebih 900 orang atlet untuk menyertai kontinjen Malaysia selepas pemilihan akhir pada Julai ini.

“Sebagai tuan rumah, kita akan bertanding dalam setiap acara buat pertama kali. Kita akan ada sekurang-kurangnya seorang atlet Malaysia bagi setiap acara,” kata Jefri kepada The Star.

38 jenis sukan dan 405 acara telah diumum akan dipertandingkan di Sukan SEA KL kali ini.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2001, Malaysia muncul juara keseluruhan.