Football

Pahang dapatkan bek kiri Bali United

Pemain pertahanan kelahiran Sepanyol, Javier Insa Bohigues atau Kiko Insa sah menyertai Pahang dari kelab Indonesia Bali United.

Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini menyarung jersi Arema FC dan Bali United di Liga Indonesia sebelum berjaya menarik perhatian Pahang.

Selain Indonesia, Kiko Insa juga pernah beraksi untuk pasukan Albacete B, Real Murcia B dan Elche B di Sepanyol.

Selain Kiko, Pahang turut mengumumkan dua lagi pemain import mereka iaitu Julius Oboh dari Nigeria dan Hae Jae Won dari Korea Selatan.

Pahang melakukan rombakan besar-besaran bagi musim ini apabila membawa kembali Dollah Salleh sebagai jurulatih dan pemain-pemain tempatan yang hebat seperti Wan Zaharulnizam, Ashaari Shamsuddin, Joseph Kalang Tie dan Christie Jayaseelan.

Other posts by