Football

‘Wak Doyok’ tukar angin ke Kuala Lumpur

Bekas penyerang Selangor, Guilherme De Paula Lucrecio atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok sah menyertai Kuala Lumpur bagi musim ini.

De Paula yang pernah menjaringkan gol untuk Malaysia XI ketika menentang Tottenham Hostpurs pada musim lepas bermain untuk pasukan PDRM.

Kuala Lumpur sebelum ini sudah memiliki empat pemain import iaitu Modibo Konte, Bobir Akbarov, Nicolas Dul dan Carlos Chamorro. Dikhabarkan Carlos Chamorro akan disingkirkan bagi membawa masuk De Paula.

Musim ini Kuala Lumpur turut mendapatkan jurulatih baru iaitu Wanderley Junior, bekas penolong jurulatih Royal Navy FC di Liga Thailand.

Pada musim lalu, Kuala Lumpur menamatkan saingan di tempat kelima Liga Perdana.

Other posts by