Football

Terengganu turunkan harga tiket untuk menarik lebih ramai penyokong

Berita baik buat penyokong pasukan Terengganu.

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju untuk menurunkan harga tiket terbuka dari RM15 kepada RM10 bagi perlawanan pasukan Terengganu musim ini.

Menurut Presiden PBSNT seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, keputusan menurunkan harga tiket ini adalah disebabkan pelbagai faktor termasuk permintaan dari penyokong.

“Diharapkan dengan penurunan harga tiket ini akan membolehkan lebih ramai peminat hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu setiap kali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.”

Skuad Terengganu kendalian Irfan Bakti yang tersingkir dari saingan Liga Super musim lalu akan memulakan aksi di Liga Premier dengan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) malam esok.

Other posts by