Football

Pemain muda Queens Park Rangers sertai Perlis

Dari English Premier League ke Liga Premier Malaysia.

Penyerang muda QPR, Brandon Adams sah menyertai pasukan Liga Perdana, Perlis.

Brandon yang berusia 19 tahun telah bersetuju untuk menyertai Perlis secara pinjaman selama satu musim selepas mengikat kontrak lanjutan selama setahun bersama QPR.

Pemain muda itu sebelum ini beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun QPR dan pernah dipinjamkan ke Staines Town yang beraksi di Ryman League England awal musim ini.

Perlis memulakan kempen Liga Perdana mereka dengan keputusan seri 1-1 dengan PDRM di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar Jumaat lalu.

Other posts by