Tennis

Juara Wimbledon dua kali diserang dengan pisau

Juara Wimbledon dua kali Petra Kvitova diserang dengan pisau selepas seorang penceroboh memasuki rumahnya di Prostejov, Republik Czech bulan lalu.

Polis yang menyiasat kes serangan berkenaan mendedahkan bahawa Kvitova mungkin menjadi mangsa cubaan ugut.

Kvitova mengalami kecederaan serius apabila dia cuba mempertahankan diri dari pisau yang digunakan oleh penyerang tersebut.

Kini pihak polis sedang menyiasat kes serangan berkenaan dan telah mengklasifikasikannya sebagai cubaan mengugut, lapor media tempatan.

Jurucakap rasmi pihak polis, Frantisek Korinek mendedahkan perkembangan klasifikasi jenayah berkenaan dalam satu penjelasan mengenai siasatan kes berkenaan.

Tiada maklumat lanjut mengenai motif serangan dijelaskan oleh pihak polis.

Kvitov mengalami kecederaan serius ke atas tendon dan saraf di tangan kirinya yang mampu memusnahkan kerjayanya.

Pemain tennis berkenaan memerlukan masa empat jam pembedahan untuk memperbaiki saraf yang rosak ekoran serangan pada 20 Disember itu.

Jika ditangkap, penjenayah itu akan dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun jika disabit kesalahan.

Kelab tennis tempatan Projestov telah berjanji akan memberi 100,000 CZK (RM17,634) kepada sesiapa yang mampu memberi maklumat berkenaan penjenayah berkenaan.uawa

Other posts by