Football

Stadium Old Trafford terbakar akibat lift rosak

Pada penghujung musim lalu, Stadium Old Trafford terpaksa menangguhkan perlawanan ekoran terjumpanya bom di tandas stadium berkenaan yang akhirnya diumumkan bahawa itu adalah bom latihan yang tertinggal. Kali ini, stadium berkenaan dilanda kebakaran kecil selepas perlawanan menentang Wigan tempoh hari.

Asap dapat dilihat keluar dari kawasan Sir Bobby Charlton Stand di Old Trafford pada pagi Isnin.

Pihak bomba telah tiba ke Old Trafford dan mengawal keadaan. Kebakaran tersebut dikatakan berpunca dari satu lift yang rosak hingga menyebabkan api keluar dari bilik enjin di South Stand yang kini dikenali sebagai Sir Bobby Charlton Stand.

Jurucakap Pihak Bomba dan Penyelamat Manchester berkata kepada Manchester Evening News: “Kami dihubungi pada pukul 6.58 pagi untuk bergegas ke Sir Matt Busby Way.

“Tiga jentera bomba dari Manchester, Salford dan Stretford telah bergerak ke sana.

“Kami mengasingkan barangan eletrik dan memadamkan api menggunakan pemadam api CO2.”

Manchester United telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasmi mereka.

“Kelab telah mengesahkan bahawa telah berlaku kebakaran kecil ekoran masalah eletrik yang berlaku di Sir Bobby Charlton Stand pada pukul 7 pagi Isnin.

“Pihak bomba telah hadir dan masalah tersebut telah diselesaikan dengan cepat dan efektif.

“Kerosakan kecil telah berlaku di kawasan tersebut dan tiada sebarang kecederaan berlaku.”

Other posts by