Football

Penyokong Celtic kutip derma RM974,050 untuk Palestin

Penyokong kelab liga Scotland, Celtic FC yang lebih dikenali sebagai Green Brigade telah mendermakan £176,000 (RM 974,050) kepada badan kebajikan Palestin. Derma tersebut disumbangkan oleh para penyokong sebagai reaksi kepada denda yang dikenakan UEFA kepada selepas penyokong Celtic mengibarkan bendera Palestin dalam satu perlawanan.

Walaupun UEFA menghalang sebarang elemen politik ditonjolkan dalam perlawanan bolasepak, penyokong Celtic mengibarkan bendera Palestin beramai-ramai dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara menentang pasukan Israel, Hapoel Be’er Sheva.

UEFA telah mengenakan denda berjumlah £8,619 (RM47,374) kepada kelab Scotland berkenaan akibat tindakan penyokong yang mahukan Israel diboikot dan dikenakan tindakan.

Untuk membantu membayar denda tersebut, Green Brigade- yang memanggil diri mereka Ultras kepada Celtic – telah melancarkan tabung derma di kalangan penyokong untuk membayar denda tersebut, dan memberikan kutipan lebih kepada badan kebajikan Palestin.

Mereka menyatakan bahawa wang berkenaan akan digunakan untuk membeli kelengkapan dan pakaian sukan untuk kanak-kanak di kawasan kem pelarian Aida di Tebing Barat untuk membentuk pasukan yang akan dinamakan Aida Celtic.

Di penghujung kempen kutipan derma berkenaan pada Oktober lalu, aktivis bolasepak telah berjaya mengumpul RM974,050 lebih dari jumlah denda yang dikenakan dan telah didermakan kepada Pusat Pelarian Lajee dan Bantuan Perubatan Untuk Palestin (MAP) minggu lalu.

Menurut laman kutipan berkenaan: “Apa yang bermula sebagai inisiatif penyokong dalam mendedahkan hipokrasi UEFA terhadap ‘tiada politik dalam bolasepak’ telah dengan pantas menular kepada kempen sedunia.”

Penyerahan derma berkenaan dilakukan di Celtic Way di luar Celtic Park sebelum perlawanan menentang Hearts Sabtu lalu.

Other posts by