Football

JDT dalam senarai 30 kelab terbaik Asia

Pasukan Johor Darul Ta’azim kini berada dalam kalangan 30 kelab terbaik Asia.

Dalam kedudukan terbaru yang dikeluarkan pada 1 Februari, JDT berjaya menjadi kelab Asia Tenggara (ASEAN ) terbaik apabila berada di kedudukan ke-24 dalam ranking kelab-kelab naungan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Photo credit: Globalfootballranks.com
Photo credit: Globalfootballranks.com

JDT berjaya menduduki kedudukan yang lebih tinggi berbanding Urawa Reds (Jepun), Shanghai SIPG (China), Buriram United (Thailand) dan Seongnam Ilhwa Chunma (Korea Selatan).

Dalam ranking yang diterbitkan di laman globalfootballranks.com itu, dua lagi pasukan Malaysia iaitu Selangor dan Pahang turut berada dalam senarai 100 kelab terbaik. Pasukan Red Giants berada di kedudukan ke-81 dan Pahang di kedudukan ke-83.

Pasukan Kelantan pula berada di kedudukan ke-130.

Pada kedudukan setakat 31 Disember lalu, JDT hanya menduduki tangga ke-35. Perkembangan terbaru ini menunjukkan peningkatan JDT dan pastinya mereka akan terus mensasarkan untuk berada di kelompok 10 kelab terbaik Asia suatu hari nanti.

Pasukan yang mereka akan hadapi dalam pusingan kelayakan terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) iaitu Gamba Osaka pula berada di kedudukan ke-17. Kelab Al-Ain dari UAE menduduki tangga pertama dalam senarai itu.

Other posts by