Football

Bekas penyerang JDT II Paulo Rangel sertai kelab baru

Bekas penyerang import Johor Darul Ta’azim II (JDT II) , Paulo Rangel telah menyertai kelab Serie B Brazil, Londrina EC.

Kelab yang berpengkalan di Londrina, di Selatan daerah Parana, Brazil telah mengumumkan perpindahan penyerang berusia 31 tahun itu pada hari Khamis.

“Tawaran Londrina sangat baik dan struktur pasukan mereka sangat bagus kerana mereka memberikan anda yang terbaik untuk melaksanakan tugas anda.Di mana sahaja saya pergi, saya menjadi penjaring terbanyak dan saya harap saya dapat meneruskan rentak ini serta sasaran saya adalah untuk menjaringkan 15 gol untuk Londrina musim ini,” kata Rangel dalam sidang media.

Paulo Rangel dijangka akan beraksi dalam perlawanan pertamanya menentang Gurupi-TO pada hari Rabu hadapan dalam saingan peringkat pertama Piala Brazil.

Selain daripada JDT II, Rangel juga pernah beraksi untuk pasukan Perak, Selangor dan Terengganu dalam kancah bolasepak Malaysia. Dia juga pernah beraksi untuk Pilihan Malaysia ketika perlawanan persahabatan menentang Tottenham Hotspurs.

Other posts by