Football

Tidak wajar penyokong menyerang Farhan – Tan Cheng Hoe

Tidak mudah menjadi seorang penjaga gol.

Selepas Syed Adney, penjaga gol muda Kedah Farhan Abu Bakar juga menjadi sasaran kecaman dari peminat bolasepak selepas melakukan kesilapan dalam perlawanan menentang Sarawak.

Demi mempertahan Farhan dari terus dikecam, ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk menggugurkan penjaga gol berkenaan bagi perlawanan menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak,Jengka esok.

Memetik kenyataan Cheng Hoe dalam akhbar The Star: “ Tidak wajar penyokong Kedah mengecam Farhan sebegitu rupa…dia tidak bersalah terhadap dua gol yang dijaringkan oleh Sarawak.

“Farhan merupakan pemain muda yang baik dan dia perlu meningkatkan prestasinya, tetapi saya tidak rasa dengan menyerang dia sebegitu akan menjadi perkara positif terhadap mana-mana kerjaya pemain muda..Saya harap dia akan bangkit semula daripada episod malang ini dan kembali bersama pasukan.

“Saya akan menurunkan Muhd Ifwat Akmal, yang baru pulih dari kecederaan hamstring untuk perlawanan menentang Felda. Saya tidak mahu tergesa-gesa menurunkan Farhan, kerana dia perlukan masa untuk bertenang.”

Kedah mengumpul empat mata dari dua perlawanan selepas seri 1-1 menentang JDT dalam perlawanan pertama. Kemenangan 3-2 ke atas Sarawak minggu lalu meletakkan mereka di tangga keempat atas perbezaan gol.

Other posts by