Peluncur air muda Malaysia pecahkan rekod Asia

0
Photo credit: The Star

Merangkul pingat emas dan pecahkan rekod Asia pada usia 13 tahun.

Begitulah hebatnya atlet luncur air muda Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah di Kejohanan Wakeboard dan Asia Oceania Waterski di New Zealand.

Beraksi dalam acara akhir terbuka wanita, peluncur berusia13 tahun itu berjaya memecahkan rekod Asia dan pada masa yang sama memenangi dua pingat emas.

Aaliyah berjaya memungut 7600 mata yang menyaksikannya merangkul pingat emas dalam kategori Asia dan memecahkan rekod Asia dan juga peribadinya sebelum ini iaitu 6810.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Lake Kereta, Auckland semalam Aaliyah menewaskan dua peluncur Jepun, Saaya Hirosawa dan Kazumi Inoue yang merangkul pingat perak dan gangsa.

Atlit muda itu dalam kenyataanya seperti dilaporkan oleh akhbar The Star menyatakan kegagalan mara ke pusingan akhir Kejohanan Remaja Dunia pada awal tahun ini di Santiago, Chile mejadi pembakar semangatnya.

“Kegagalan saya di Chile sememangnya mengecewakan, tetapi saya belajar untuk lebih tenang. Saya kini sudah kembali.

“saya tidak melakukan dengan baik dalam pusingan kelayakan ‘slalom’…dan tidak berjaya ke peringkat akhir, tetapi saya telah menebusnya dengan keputusan dalam ‘tricks’.

“Saya juga dapat memperbaharui rekod lompatan (27.9m) dan ianya hebat kerana saya telah lama tidak membuat rekod baru.”

Selain Aaliyah, kejohanan ini turut disertai adik lelakinya Aiden yang berusia 11 tahun dan Adam, sembilan tahun.

Aiden merangkul pingat perak dalam kategori bawah 17 tahun Kejohanan Asia sementara Adam hanya menduduki tempat keempat di belakan peluncur Korea Selatan Ju Seong-min.