Athletics

Usain Bolt akan beraksi di Malaysia

Pemenang pingat emas acara pecut Sukan Olimpik 2016, Usain Bolt akan ke Malaysia.

Namun, peminat di Malaysia tidak akan dapat menyaksikan dia berlari dengan pantas di atas trek tetapi melihat pelari pecut Jamaica ini memberi ceramah di atas pentas.

Usain Bolt akan berada di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Mac ini sempena Forum Transformasi Global (GTF) dan akan menyertai ramai penceramah hebat seperti pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, pengasas Virgin Group Sir Richard Branson, penulis ‘The Pursuit of Happyness, Chris Gardner dan pemenang 13 gelaran GP Formula One, David Coulthard.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala seperti dipetik dalam laporan Astro Awani, kesemua penceramah akan berkongsi mengenai keperluan transformasi dalam dunia tanpa sempadan yang mampu mengubah kehidupan, masyarakat, ekonomi dan membawa kebahagiaan.

Other posts by