Football

MPKB BRI U-BeS FC perkenal jersi baru menerusi video menarik

Pasukan Liga FAM, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan FC (MPKB BRI U-BeS FC) baru-baru ini telah memperkenal jersi baru mereka bagi saingan musim ini menerusi satu video yang menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=rU8DfiuXFtQ

Dalam video berkenaan, pasukan kelab dari Kelantan itu memperkenal tiga jersi mereka yang berwarna hijau putih, merah putih dan merah. Untuk musim ini, MPKB BRI U-BeS FC akan memakai jersi keluaran syarikat tempatan, GomoGi.

Pasukan kendalian Mahadi Yusof ini pertama kali menyertai Liga FAM pada musim lalu dan menamatkan saingan di tempat kelapan. MPKB BRI U-BeS FC akan beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV pada musim ini.

Kelab Kelantan ini akan bersaing dengan pasukan seperti DBKL FC, Felcra FC, Hanelang FC, Shahzan Muda, KDMM FC, MOF FC dan UKM FC dalam saingan Kumpulan A bagi merebut slot ke Liga Premier 2018.

Other posts by