Pemain kebangsaan Laos antara yang digantung seumur hidup oleh AFC

0
608
Photo credit: Goal.com

Konfederasi Bolasepak Asia telah mengenakan hukuman penggantungan seumur hidup kepada 15 orang pemain.

Pemain-pemain tersebut adalah di antara 22 pemain daripada Laos dan Kemboja yang dikenakan penggantungan seumur hidup oleg jawatankuasa disiplin AFC ekoran gejala mengatur perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan Laos dan pasukan kelab Lao Toyota.

Antara pemain yang dikenakan hukuman penggantungan tersebut adalah pemain kebangsaan Laos seperti Vathana Keodouangdeth, Odien Syharlad, Sitthideth Khanthavong, Anousay Noyvong serta ramai lagi.

Menurut AFC yang dipetik dari laman web rasmi mereka, siasatan mengenai gejala mengatur perlawanan sedang berjalan, maka maklumat terperinci mengenai perlawanan berkenaan tidak akan didedahkan.

AFC turut menyatakan bahawa siasatan mengenai perlawanan tersebut telah berlangsung sejak 2014 dan masih berjalan.