Sungai Ara FC tarik diri dari saingan Piala FAM 2017

0
243
Photo credit: Facebook rasmi Sungai Ara FC

Satu lagi drama terbaru dalam bolasepak Malaysia.

Tidak sampai lima hari lagi, sepak mula Piala FAM 2017 akan bermula, pasukan kelab dari Pulau Pinang, Sungai Ara FC mengumumkan penarikan diri mereka.

Photo credit: Facebook rasmi Sungai Ara FC

Melalui satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka, pasukan berkenaan mengumumkan penarikan diri mereka secara rasmi ekoran tiada tajaan yang mereka terima untuk musim ini.

Sungai Ara FC telah beraksi di kancah Piala FAM sejak tiga tahun yang lalu dan pada tahun lalu berada di kedudukan ke empat bagi Kumpulan A sekaligus layak ke pusingan kalah mati.

Dalam saingan kalah mati, Sungai Ara FC tewas kepada pasukan PKNP yang berjaya layak ke saingan Liga Premier pada musim ini.

Sungai Ara FC yang berada dalam Kumpulan B bagi musim ini sebelum ini dijadualkan akan bertemu pasukan Petaling Jaya Rangers di Kelana Jaya pada hari Ahad ini.