Football

Radja Nainggolan ikuti Pilihanraya Daerah Indonesia

Walaupun beraksi di Serie A Italy dan bermain untuk pasukan kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan dilihat tidak melupakan asal usulnya.

Memetik laporan dari Kompas, pemain tengah AS Roma itu dilihat turut memberi perhatian terhadap Pilihan Raya Daerah (Pilkada) bagi memilih Gabenor Jakarta yang baru.

Pilkada yang berlangsung pada hari Rabu itu adalah bagi memilih Gabenor Jakarta baru di antara Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni, Basuka Tjahaja Purnama-Djarot Saiful Hidayat, dan Anoes Basweden-Sandiaga Uno.

Menerusi laman twitter pemain berusia 28 tahun itu, dia dilihat mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga Indonesia dan turut mengumumkan sokongannya kepada salah seorang calon iaitu Basuki Tjahaja Purnama yang juga dikenali sebagai Ahok.

Selain Jakarta, turut berlangsung Pilkada pada 15 Februari di Aceh, Bangka Belitung, Banten, Gorontalo, Sulawesi Barat dan Papua Barat.

Other posts by