Football

Rizal Ghazali sah milik Kedah, FAM tolak tuntutan Felda United

Penyokong Kedah akhirnya boleh menarik nafas lega.

Pemain pertahanan muda negara, Mohd Rizal Ghazali kini sah milik Kedah.

Perkara ini diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Kedah selepas perbicaraan dijalankan pada pagi ini.

Photo credit: Facebook Kedah FA

Menurut Kedah FA, Jawatankuasa Status Pemain FAM memutuskan bahawa kontrak yang ditandatangani oleh Rizal bersama Felda United adalah tidak sah sekaligus menolak tuntutan Felda United menurut perkara 11. Namun, pemain berkenaan tetap didapati bersalah dan dikenakan denda berjumlah RM 25,000 menurut artikel 1(7)(d).

Sebelum ini pengurusan Felda United FC mendakwa Rizal telah menandatangani kontrak bersama mereka walaupun ketika itu dia masih berbaki kontrak bersama Kedah FA.

Namun, dia akhirnya dikhabarkan menyambung kontrak bersama Kedah FA dan disenaraikan untuk saingan Liga Super 2017.

Menerusi perkembangan terbaru ini, pasukan juara Piala Malaysia 2017 ini dapat mengekalkan pemain yang memenangi anugerah pemain terbaik final Piala Malaysia 2016 itu.

Other posts by