Others

Dakwaan kronisme tender Sukan SEA 2017 – Apa kata KBS?

Kementerian Belia dan Sukan menepis dakwaan seperti yang dilaporkan Bernama mengenai elemen rasuan dan penyalahgunaan kuasa dalam proses pemberian tender bagi Sukan SEA 2017 untuk bekalan barangan acara gymnastik.

Apa yang berlaku?

Bernama melaporkan bahawa terdapat sumber yang menyatakan mengenai satu siasatan dalaman yang menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah bagi permohonan dan pengesahan tender.

Sumber itu mentatakan bahawa tender bekalan kemudahan acara gymnastik untuk Sukan SEA yang ditutup pada bulan Disember telah dibatalkamn dan satu tender baru telah dibuka oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebulan selepas itu.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melantik Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) untuk mengendalikan semua kemudahan dan infrastruktur Sukan SEA,” kata sumber itu seperti dipetik dari Bernama.

Apa kata KBS?

KBS menerusi satu siaran media semalam menyatakan bahawa dakwaan itu tidak tepat dan menjelaskan mengenai makluman yang diterima pada 6 Januari 2017 daripada Rukun Juang Sendirian Berhad (RJSB) kontraktor utama Projek KL Sports City, yang turut bertanggungjawab menguruskan pembekalan peralatan sukan bagi venue tersebut.

“Pembatalan dan pelaksanaan semula tender ini juga berpotensi memberi penjimatan yang signifikan kepada kos projek dan kerajaan. Atas kedua-dua sebab yang dikemukakan ini, KBS telah bersetuju dengan cadangan dikemukakan.”

KBS dalam kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa proses tender baru bagi peralatan gimnastik itu yang juga akan diuruskan oleh PSM masih belum dikeluarkan sehingga ke hari ini.

Menerusi Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali seperti dipetik dari Sinar Harian:

“Laporan seumpama ini berupaya menyebabkan orang ramai mempunyai persepsi yang tidak tepat dan negatif terhadap urus tadbir dan perkhidmatan awam khususnya di kementerian ini, walaupun realitinya adalah berbeza sama sekali.

Other posts by