Dua beradik Iran disekat dari menyertai kejohanan catur antarabangsa

0
Photo credit: Daily Mail

Dua beradik pemain catur berbakat telah dihalang dari menyertai kejohanan di Iran selepas mereka menyertai Festival Catur di Gibraltar.

Apa yang berlaku?

Larangan ini dinyatakan oleh Ahmad Salek, timbalan ketua Jawatankuasa Budaya Parlimen Iran kerana Dorsa Derakshani enggan memakai tudung ketika bertanding di festival tersebut dan abangnya, Borna Derakshani bertanding menentang pemain catur dari Israel, Alexander Husman di festival catur berkenaan.

Menurut Ahmad, Borna telah melanggar prinsip utama Republik Iran. Pihak berkuasa Iran melarang atlet mereka bertanding menentang atlet dari Israel dalam acara sukan, dan sejak revolusi Islam pada tahun 1979, Iran mewajibkan wanita memakai tudung di tempat awam. Peraturan ketat ini dilaksanakan oleh ‘polis moral dan mana-mana wanita yang tidak memakai tudung di tempat awam akan ditahan, didenda atau ditegur.

Apakah hukuman yang akan dikenakan kepada mereka?

Ketua Persatuan Catur Iran, Mehrdad Pahlebanzadeh berkata, Dorsa dan Borna akan dikenakan hukuman berat.

Memetik kenyataannya di Daily Mail, Mehrdad berkata: “Langkah pertama adalah untuk melarang mereka bertanding dalam semua pertandingan di Iran dan menggunakan nama Iran, dan mereka tidak akan berada bersama pasukan kebangsaan.”

Salek turut menyatakan bahawa Iran tidak memerlukan wakil dari pemain yang mempunyai dua kerakyatan dan tidak setia kepada negara.

Adakah perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Darya Safai, seorang pelarian Iran, yang mengetuai kempen untuk kesamarataan dalam sukan, meminta badan sukan antarabangsan untuk memberi tekanan kepada Iran. Dia turut menyatakan bahawa adalah satu kesalahan untuk menghukum atlet Israel untuk tindakan yang dilakukan oleh pemerintah mereka.

Presiden Iran, Hassan Rouhani, yang memegang kuasa pada tahun 2013, pernah menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan beberapa undang-undang Islam yang ketat di negara berkenaan. Dia turut dikritik hebat pada tahun lalu kerana menyatakan polis perlu menguatkuasakan undang-undang dan bukan Islam.

Kejohanan Catur di Iran sebelum ini turut diboikot oleh ramai pemain catur sebelum larangan terhadap dua beradik ini dilaksanakan. Ramai pemain memboikot kejohanan catur wanita 2017 sebaik sahaja Iran diumumkan sebagai tuan rumah.

Kejohanan catur antarabangsa itu akan berlangsung di Tehra pada 10 Februari hingga 5 Mac.