Syamsul Saad dilantik ketua jurulatih baru Perlis

0
Photo Credit: Perak The Bos Gaurus

Pertukaran jurulatih bukan perkara baru dalam bolasepak termasuk dalam bolasepak tempatan.

Mengikut jejak langkah Johor Darul Ta’azim (JDT), Perak, Felda United dan Kuala Lumpur adalah pasukan dari Liga Perdana, Perlis.

Perlis lantik jurulatih baru

Selepas perletakan ketua jurulatih mereka, Razip Ismail baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengumumkan bahawa mereka telah melantik bekas Ketua Jurulatih Perak, Syamsul Mohd Saad bagi menggantikan tempat Razip.

Presiden PFA, Datuk Rozabil dalam satu kenyataan yang dipetik dari Utusan Malaysia berkata: “Rombakan ini merupakan langkah awal sebelum langkah-langkah seterusnya diambil semasa pembukaan ‘transfer window’ pada Mei nanti.”

Razip terima tekanan

Bekas jurulatih Perlis sebelum ini, Razip Ismail menerima tekanan hebat ekoran persembahan buruk yang ditunjukkan skuad dari utara tanah air itu.

Dalam kenyataannya di akhbar Sinar Harian pada 1 Mac lalu menyatakan bahawa dia telah berusaha sedaya upaya untuk membantu mencatat kemenangan untuk Perlis.

“Saya melakukan segalanya termasuk menukar strategi, pemain dan merehatkan pemain import namun apakan daya keupayaan mereka terhad dan pilihan yang ada pun terhad.”

Dalam perlawanan terakhir Razip, Perlis tewas 5-0 kepada Kuantan FA sekaligus memberikan kekalahan keenam buat Perlis dari lapan perlawanan Liga Premier 2017.

Pasukan Perlis kini berada di kedudukan tercorot Liga Premier selepas mengumpul dua mata hasil dua seri dan enam kekalahan dari lapan perlawanan Liga Premier musim ini.

Syamsul Saad pilihan tepat?

Syamsul Saad sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai jurulatih remaja Perak sebelum dinaik taraf ke skuad senior pada musim lalu.

Namun, jodoh bekas pemain Perak itu dengan The Bos Gaurus tidak lama apabila dia digantikan dengan Karl-heinz Weigang selepas pasukan Perak hanya mencatatkan dua kemenangan dari 12 perlawanan Liga Super ketika itu.

Tugas berat menanti Syamsul Saad untuk menaikkan semula pasukan Perlis dan mengelak dari tersingkir ke Liga FAM. Perlis juga dilihat mengambil risiko apabila mendapatkan seorang jurulatih yang kurang berpengalaman untuk menyalamatkan musim mereka. Namun, mungkin ini akan menjadi tahun kebangkitan buat Syamsul untuk memulihkan reputasinya dan Perlis akan membantunya menjadi seorang jurulatih yang bagus.