Football

“Mentaliti lemah” – TMJ tegur penyokong JDT

Dalam bolasepak ada pelbagai jenis penyokong. Ada penyokong baru, ada yang lama. Ada yang memang telah menyokong pasukan untuk tempoh yang lama, dan ada juga penyokong yang baru sedar kewujudan pasukan sendiri.

Menyokong pasukan ini perlu konsisten. Janganlah disokong hanya ketika pasukan sedang menang dan jangan pula menyokong secara membuta tuli walaupun masalah jelas di depan mata.

TMJ tegur penyokong

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai TMJ menegur sebilangan penyokong Johor yang berselisih faham sesam sendiri.

Photo credit: Laman Facebook Johor Southern Tigers

“Pesanan saya kepada penyokong sekalian, ingatlah bahawa kita telah membina empayar. Jangan kerana mentaliti yang lemah menjatuhkan empayar sendiri. B.O.S cari silap penyokong, penyokong cari silap B.O.S, penyokong cari silap pengurusan, cari silap stadium dan macam macam lagi. Sampai bila hendak terus mencari silap orang.”

Perselisihan faham berlaku di antara penyokong JDT dan juga Boys Of Straits apabila satu video BOS yang menyanyikan lagu Amboi dari Altimet dengan lirik yang berbeza.

Dalam video tersebut, BOS menggunakan lagu tersebut sebagai chant mereka tetapi lirik yang digunakan ditukar untuk menyindir sebilangan penyokong JDT yang hanya hadir ketika pasukan berada di kemuncak.

Tegur laman troll

Selain itu, TMJ turut menegur laman-laman Facebook yang digunakan untuk menyindir atau mengejek pasukan JDT.

Dalam kenyataan tersebut, TMJ berkata: “Kepada ‘admin’ laman-laman tidak rasmi JDT seperti JDT Troll Story, janganlah anda ingin memecahbelahkan penyokong JDT. Saya bukannya tiada maklumat yang antara anda semua ini sebenarnya ada yang berasal dari negeri lain.”

TMJ turut menegur mengenai sikap penyokong yang mudah berubah hati dan hanya menyokong apabila keputusan baik sahaja. Contohnya ketika JDT menukar Baihakki dengan Marcos dan ketika mereka membawa masuk Mario Gomez sebagai jurulatih.

“Saya masih ingat sewaktu kita menukar Baihaki kepada Marcos Antonio. Ramai yang bising namun Marcos membantu JDT memenangi tujuh piala setakat ini. Kemudian, “In Marcos we trust”.

“Selepas itu, apabila tukar Pablo Aimar kepada Jorge Pereyra Diaz, pun ramai yang protes. Tetapi bila Diaz mula menjaringkan gol, ramai yang diam pula. Apabila Mario kalah dengan Bengaluru, ramai mengutuk Mario Gomez. Kalah dalam perlawanan pra-musim, hentam Mario.

“Kita tukar kepada Benjamin Mora, “In Mario we trust”. Mora menang “In Mora we trust” tetapi apabila seri, “Mora out!”.

Kesimpulan

Teguran yang dibuat oleh TMJ itu sememangnya berasas. Tidak dapat dinafikan, bahawa penyokong JDT telah dimanjakan dengan kejayaan dan trofi. Namun, itu bukan alasan untuk tidak menyokong ketika pasukan berdepan masalah.

Seperti kata-kata yang sering diungkapkan untuk penyokong bolasepak: ‘Jangan bersorak ketika menang, jika tidak boleh menyokong ketika kalah’.

Other posts by