Football

Tim Sherwood didenda kerana gagal kawal emosi

Bolasepak sememangnya sukan yang melibatkan emosi.

Kadang kala kita gembira, sedih dan marah. Tetapi cara kita mengawal emosi terutamanya jika nasib tidak menyebelahi kita itu penting.

Ada yang akan memaki hamun pemain, ada yang akan menerbangkan kapal terbang dengan kain rentang, ada yang akan membuat protes dan ada yang akan memaki hamun pegawai perlawanan.

Tim Sherwood digantung

Pengarah bolasepak Swindon Town, Tim Sherwood telah diberikan penggantungan stadium untuk dua perlawanan selepas memaki hamun dan mencarut kepada pengadil, kata Football Association (FA).

Bekas pengurus Tottenham dan Aston Villa itu telah memaki hamun pengadil Mark Brown berulang kali di rehat separuh masa pertama dalam kekalahan Swindon 1-0 kepada Bury pada 11 Februari.

Mark Brown yang menulis laporan berkenaan tindakan Sherwood itu menyatakan apa yang berlaku ketika itu.

“After the half time whistle, and as I was walking down the tunnel Tim Sherwood of Swindon Town approached me and said: ‘You’re the only f***** in the ground that’s f****** seen it, you f****** mug’. He then started pointing aggressively in my face.”

“I told him to calm down, and stop pointing at me or he would be sitting in the stands for the second half. He then continued: “I wasn’t even in the dugout, you f****** mug’ and ‘you would be doing me a favour‘.

“I told him I wanted to speak to him at my dressing room, but he ignored me and walked off towards the Swindon changing room. I followed him and stood outside and told the coaching staff I wanted Mr Sherwood to come outside as I needed to speak to him.

“After approx 45 seconds Mr Sherwood walked out and walked past me and I informed him that he would be reported for his comments towards me.

“His reply was ‘f*** off you mug’. I then entered my dressing room area and informed the stewards of my decision and that if Mr Sherwood tries to come down into the technical area he should not be allowed.”

Sherwood, 48, telah dikenakan penggantungan dan didenda £2,000.

Bekas pemain Tottenham itu dilantik sebagai pengarah bolasepak Swindon pada November 2016. Swindon ketika ini berada di kedudukan ke-22 di League One, satu mata dari zon selamat dengan baki tujuh perlawanan.

Bayangkan pengendelai pasukan seperti Benjamin Mora atau Dollah Salleh memaki hamun pengadil seperti itu di Malaysia…

Other posts by