Football

Seorang remaja terkorban ekoran pergaduhan di antara penyokong

Keganasan dan bolasepak merupakan satu perkara yang mungkin agak asing bagi kita di Malaysia. Jika ada pun, mungkin ianya sekadar kes terpencil dan tidak melibatkan nyawa.

Tetapi, sikap fanatik penyokong Indonesia dalam bolasepak berbeza dengan kita di Malaysia. Perseteruan antara kelab sangat hebat sehingga boleh menyebabkan pergaduhan dan melibatkan nyawa.

Seorang remaja maut

Seorang remaja berusia 15 tahun yang dikenalpasti identitinya sebagai Ferdian Fikri, ditemui mati pada hari Sabtu lalu selepas satu pergaduhan berlaku di antara penyokong bolasepak di Jalan Hasyim Ashari, Buaran Indah di daerah Tangerang, Banten.

Menurut jurucakap pihak polis Tangerang, Adj.Sr.Comr. Arlon Sitinjak kepada tribunnews.com pada hari Ahad: “ Seorang mangsa mati dalam insiden tersebut. Dia dibawa ke unit kecemasan di Hospital Husada Insani untuk menerima rawatan.”

Beliau turut menyatakan bahawa mangsa terkorban akibat kesan tikaman di dada dan pergelangan tangannya.

“Kami telah menyoalsiasat 11 orang saksi dalam kes berkenaan,” tambah Arlon lagi.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku selepas perlawanan diantara Persita Tangerang menentang Sukadiri di padang Sukadiri Mauk.

50 penyokong Persita diserang

Menurut Arlon lagi, pergaduhan tersebut bermula apabila sekitar 50 penyokong Persita yang sedang dalam perjalanan pulang dengan menaiki tiga van mini awam, diserang hendap oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Laluan mereka terhalang disebabkan orang ramai ketika kejadian berlaku dan akhirnya terjadi pergelutan yang mengorbankan nyawa mangsa.

Arlon turut berkata bahawa polis akan menyiasat dengan lebih mendalam mengenai kejadian berkenaan untuk mencari siapa yang terlibat dan tujuan di sebalik serangan yang mengorbankan nyawa itu.

Jasad Ferdian telah dikebumikan pada hari Ahad di tanah perkuburan umum , Kelurahan Tanah Tinggi, Kota Tangerang pada hari Ahad.

Kesimpulan

Pentadbir bolasepak Indonesia perlu melihat ini dengan serius. Kejadian pergaduhan di antara penyokong bukan perkara baru dalam bolasepak Indonesia. Langkah keselamatan perlu diadakan bagi mengelak perkara seperti ini berlaku.

Bagi para penyokong pula, janganlah fanatisme itu diterjemah ke perkara negatif. Menyokong pasukan bermati-matian bukanlah bermaksud sehingga membunuh penyokong lawan. Menyokong gunakanlah hati dan akal.

Other posts by