Sepucuk surat ditemui berdekatan insiden letupan bas Dortmund

0
Photo credit: Daily Mirror

Sepucuk surat ditemui berdekat bas pasukan Borussia Dortmund yang diletupkan dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian oleh seorang pendakwaraya Jerman.

Polis juga telah mengesahkan bahawa mereka telah menemui beberapa objek tambahan yang disyaki di hotel yang diduduki pasukan Dortmund berserta sepucuk surat berdekatan insiden pengeboman tersebut.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan penemuan mereka tetapi mengesahkan bahawa sebuah dron telah digunakan untuk membantu melakukan pencarian di kawasan sekitar hotel.

Pihak polis masih meneliti kebenaran dakwaan di dalam surat berkenaan.

Menurut pendedahan, pemain Dortmund telah dihantar ke stadium dengan menaiki sebuah bas mini selepas letupan itu dan kemudian dihantar pulang ke rumah dengan kereta peribadi.

Spekulasi pengganas

Menurut laporan akhbar Mirror, Gunnar Wortmann, seorang jurucakap polis berkata: “Kami akan menyiasat perkara ini sepanjang malam untuk mencari siapa di sebalik serangan ini. Semua polis dan kenderaan polis di Dortmund akan dikerah.

”Tiga letupan pada masa yang sama sebaik sahaja bas bergerak menunjukkan kepakaran dari segi pembuatan bom dan meletupkannya – mungkin menggunakan telefon pintar atau alat pembuka pintu garaj.”

Bas pasukan Dortmund selepas serangan. Photo credit: Daily Mirror

Namun, hampir tiga jam selepas serangan tersebut, masih tiada sebarang petunjuk mengenai siapa dalang di sebalik serangan itu.

Kedua-dua kelab tidak mempunyai penyokong yang radikal, membuatkan spekulasi mengenai serangan pengganas menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku.

Penjaga gol Dortmund, Roman Buerki duduk di sebelah pemain pertahanan Marc Bartra ketika letupan itu mengenai bas.

Pemain Dortmund diiringi Polis ke hotel
Photo credit: Daily Mirror

Dia berkata” Selepas mendengar letupan kami terus tunduk, dan mana yang sempat terjun ke lantai bas. Kami tidak tahu apa lagi akan berlaku.

“Kami semua terkejut.”

FIFA kutuk serangan

Presiden FIFA Gianni Infantino mengeluarkan kenyataan mengutuk insiden berkenaan dan menyertai kelab-kelab dan pemain di seluruh dunia menunjukkan solidariti.

“Kami semua di FIFA berrsama-sama penduduk Dortmund dan penyokong kedua-dua Borussia Dortmund dan Monaco ekoran kejadian buruk pada hari ini.

“Kami sedang memantau dengan dekat keadaan pemain Dortmund Marc Bartra, dan berharap dia akan sembuh dengan segera.

“FIFA mengutuk keras kejadian di Dortmund. Kami masih menunggu maklumat selanjutnya berkenaan insiden.”