Football

Jangan pertikai ‘Gentlemens agreement’ JDT – Alistair Edwards

Dalam perlawanan menentang JDT yang lalu, Melaka United tidak dapat menyenaraikan pemain berpengalaman, Amri Yahyah dalam kesebelasan utama mereka.

Amri dikatakan tidak dapat diturunkan kerana ada perjanjian yang telah dipersetujui oleh JDT dan Melaka United ketika pemain berkenaan berpindah ke Melaka.

Ada sebilangan penyokong yang mempertikai perjanjian tersebut, dan rungutan mereka telah dibidas oleh Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards.

Gentlement Agreement

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Johor Darul Ta’azim (JDT), Allistair menyatakan bahawa perjanjian tersebut atau sering disebut sebagai ‘Gentlement Agreement’ ini telah lama digunakan oleh kelab-kelab di Eropah.

Dia menyatakan bahawa perjanjian tersebut dilakukan selepas Melaka United tidak mampu membayar gaji Amri Yahyah dan disebabkan itu Melaka United hanya membayar separuh gajinya dengan separuh lagi dibayar oleh JDT.

Disebabkan itu, JDT mengenakan syarat Amri tidak boleh diturunkan dalam perlawanan menentang JDT.

Turut diterangkan oleh Allistair adalah ‘Gentlemen Agreement’ yang turut melibatkan Jasazrin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Safee Sali.

“Untuk Jasazrin dan Nazrin Nawi, jumlah perpindahan mereka berdua adalah sebanyak RM1.2 juta untuk dilepaskan ke pasukan Perak. Apabila Perak tidak mampu untuk tebus dengan jumlah tersebut dan meminta dikurangkan untuk RM400 ribu, JDT bersetuju dan dengan syarat pemain-pemain ini tidak boleh diturunkan ketika menentang JDT. “

Bayar penuh baru boleh main

Dia turut menyatakan bahawa perjanjian tersebut juga dipersetujui bersama PKNS ketika mereka mendapatkan penyerang kebangsaan, Safee Sali.

“Hal yang sama juga berlaku kepada Safee Sali apabila PKNS tidak mampu membayar yuran perpindahan yang penuh kepada JDT, jadi Safee Sali juga tidak dapat diturunkan ketika menentang JDT disebabkan ‘gentlement agreement’ ini selepas JDT bersetuju untuk PKNS membayar separuh sahaja.”

Dalam kenyataan tersebut, Alistair turut menyatakan bahawa jika pasukan-pasukan berkenaan dapat membayar penuh gaji dan nilai perpindahan kesemua pemain tersebut, baru mereka akan dibenarkan untuk bermain menentang JDT.

Alistair turut mengingatkan kepada semua yang mempertikai berkenaan perjanjian ini untuk tidak membangkitkannya kerana ianya sudah lama dipraktikkan oleh kelab Eropah dan bukan suatu perkara yang pelik.

Other posts by