Football

Kelab Jepun tawar kontrak pinjaman kepada Tanaboon Kesarat

Pemain kebangsaan Thailand, Tanaboon Kesarat baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah dihubungi oleh kelab J-League di pertengahan musim lalu berkenaan satu perjanjian pinjaman.

Namun, selepas perbincangan, bekas kelabnya, Muangthong United membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.

Dalam satu temuramah bersama Hattrick Magazine, Tanaboon menyebut mengenai tawaran tersebut: “Sebenarnya, di pertengahan musim lalu, seorang ejen menghubungi saya mengenai bermain di Jepun.

”Saya mahu bermain di Jepun walaupun sebagai pemain pinjaman, tetapi Muang Thong menolak. Mereka mahu saya kekal bersama pasukan sehingga kami memenangi liga dahulu.”

Pemain berusia 23 tahun yang berasal dari Samut Prakan itu memulakan kerjayanya di BEC Tero Sasana dan menjadi pemain penting ketika kelab tersebut beraksi Liga Perdana Thailand pada tahun 2013. Pada tahun 2014, Tanaboon dan rakan sepasukannya berjaya menjulang trofi Piala Liga Thailand, trofi pertama kelab tersebut selepas 12 tahun.

Pemain tengah bertahan itu menyertai Muangthong United pada tahun 2016 dan memenangi kejuaraan berganda liga dan piala bersama pasukan gergasi Thailand itu.

Pada November 2016, Tanaboon melengkapkan perpindahan dari Muangthong United ke Chiangrai United. Dikatakan nilai perpindahan tersebut adalah sebanyak 50 juta Baht.

Tanaboon telah membuat 30 penampilan bersama skuad kebangsaan Thailand dan menjulang trofi Piala AFF Suzuki serta memenangi pingat emas Sukan SEA ketika beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun Thailand.

Other posts by