Ribery luah rasa tidak puas hati kepada pengadil di Instagram

0
Photo credit: Thinkingwordblog

Ingatkan pemain Malaysia sahaja yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengadil di media sosial, rupanya pemain Eropah pun melakukan perkara yang sama.

Mungkin mengikut jejak langkah pemain Kedah, Franck Ribery melakukan perkara yang sama selepas pasukannya tersingkir dari Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah di tangan Real Madrid.

Ribery tak puas hati

Dalam perlawanan tersebut, Bayern Munich tewas 4-2 sekaligus tersingkir dengan agregat 6-3 selepas tewas 2-1 di laman sendiri pada minggu lalu.

Real Madrid menjaringkan tiga gol pada masa tambahan- Cristiano menjaringkan dua gol yang kelihatan offside- untuk membawa Real Madrid ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Ribery menyelar tindakan pengadil dalam perlawanan tersebut terutamanya dua jaringan Ronaldo yang melenyapkan peluang pasukannya untuk terus kekal dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain Perancis itu menyiarkan gambar dua jaringan Ronaldo tersebut di laman instagram peribadinya yang jelas menunjukkan Ronaldo berada dalam posisi offside ketika menjaringkan gol-gol tersebut.

Photo credit: Instagram Franck Ribery

Gambar-gambar tersebut turut dilukis satu garisan kuning yang diubah untuk menunjukkan bahawa pengadil berat sebelah dan memberi kelebihan ketika membuat keputusan untuk Real Madrid.

Bekas pemain Marseille itu juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan satu gambar yang mempunyai ayat “Kerja keras setahun, terima kasih pengadil, bravo”

Photo credit: Instagram Franck Ribery

Gerard Pique luah di Twitter

Selain Ribery, pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique turut menggunakan laman Twitter peribadinya bagi menunjukkan rasa peliknya dengan jaringan Ronaldo itu.

Ramai penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan. Selain jaringan Ronaldo, ramai yang tidak berpuas hati dengan kad merah yang diberikan kepada pemain tengah Bayern, Arturo Vidal, yang dilihat membuat satu bentesan bersih tetapi tetap dilayangkan kad kuning kedua.