Football

UEFA jemput pengadil dari India jalani kursus

Sejak kebelakangan ini, liga Malaysia kecoh dengan beberapa isu pengadilan yang menjadi topik perbualan peminat bolasepak tempatan.

Ekoran masalah tersebut, Presiden FAM, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai TMJ mencadangkan agar bahawa pengadil dari luar akan dibawa bagi mengadili perlawanan-perlawanan besar.

Adakah kita perlukan pengadil dari luar untuk mengadili perlawanan atau kita perlu menghantar pengadil kita untuk belajar di luar negara?

UEFA jemput pengadil dari India

India menjadi satu-satunya negara dari Asia yang dijemput untuk menyertai program latihan UEFA untuk pengadil di Geneva. Tiga pegawai perlawanan dari Chennai telah dipilih untuk menyertai kursus penting ini yang akan membenarkan mereka menjadi pengadil FIFA.

Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) telah memilih tiga pegawai perlawanan, pengadil R Venkatesh dan pembantu pengadil R. Manojkumar dan P Vairamuthu untuk menyertai program tersebut yang akan berlangsung pada 25 April hingga 4 Mei.

Jika ketiga-tiga pegawai perlawanan tersebut menujukkan pencapaian cemerlang sepanjang program tersebut, mereka akan dipilih menyertai kursus pembangunan terakhir, di Geneva pada bulan Oktober, satu langkah besar untuk mereka menjadi pegawai perlawanan untuk badan pentadbir bolasepak dunia, FIFA.

Ketiga-tiga mereka begitu teruja untuk menyertai kursus berkenaan dan berharap dapat belajar lebih banyak dengan bertukar pendapat bersama pengadil dari seluruh dunia serta bersaing dengan tujuh pasukan lain ( tiga pegawai dalam satu pasukan).

Dapat peluang adili liga Sweden

Memetik laporan dnaindia.com, Venkatesh berkata bahawa ini merupakan langkah besar untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi pengadil FIFA.

“Saya dan dua pembantu pengadil perlu memberikan yang terbaik untuk bersaing dengan pengadil lain dari Eropah. Mereka akan menilai pengetahuan, kecergasan dan persembahan kami.”

Venkatesh mengucapkan terima kasih kepada K. Shankar, satu-satunya pengadil dari India yang pernah bertugas di Piala Dunia setakat ini, kerana membimbing pegawai perlawanan baru dan memberikan semangat kepada mereka.

Pengadil berusia 26 tahun itu juga berkata bahawa mereka akan diberi peluang untuk mengadili perlawana Liga Sweden dan liga divisyen bawah Perancis sepanjang program 10 hari itu.

Other posts by