Football

FIFA sahkan beri Afrika 9 tempat automatik ke Piala Dunia

Mungkin kita akan melihat juara Piala Dunia pertama dari Afrika?

Itu boleh menjadi satu kenyataan apabila ahli majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengesahkan keputusan mereka untuk memberi Afrika sembilan tempat automatik apabila Piala Dunia dikembangkan kepada 48 pasukan pada tahun 2026.

Keputusan tersebut telah disahkan pada hari Selasa di Bahrain- di mana buat masa ini benua Afrika hanya mempunyai lima tempat dalam kejohanan tersebut.

Negara Afrika ke-10 akan mengambil tempat dalam perlawanan play-off di antara enam negara bagi merebut dua tempat terakhir.

Biro jawatankuasa FIFA membuat cadangan asal mengenai bagaimana untuk memperuntukkan 48 tempat pada 30 Mac lalu.

Mengikut pembentangan asal mereka, Piala Dunia yang dikembangkan itu akan menampilkan 16 pasukan dari Eropah.

Anggota FIFA telah mengundi pada bulan Januari lalu untuk mengembangkan Piala Dunia dari 32 kepada 48 pasukan, bermula dengan Piala Dunia 2026.

Pembahagian tempat untuk Piala Dunia 2026 adalah seperti berikut:

Asia: 8 tempat automatik – dinaikkan dari 4.5 tempat (buat masa ini mempunyai 46 negara anggota)

Afrika: 9 tempat automatik – dinaikkan dari 5 (buat masa ini mempunyai 54 negara anggota)

Amerika Utara dan Tengah: 6 tempat automatik – dinaikkan dari 3.5 (buat masa ini mempunyai 34 negara anggota)

Amerika Selatan: 6 tempat automatik – dinaikkan dari 4.5 (buat masa ini mempunyai 10 negara anggota)

Oceania: 1 tempat automatik – dinaikkan dari 0.5 (buat masa ini mempunyai 11 negara anggota)

Eropah: 16 tempat automatik – dinaikkan dari 13 (buat masa ini mempunyai 55 negara anggota)

Dua tempat terakhir bagi menyertai Piala Dunia 2026 akan diputuskan menerusi perlawanan playoff di antara enam pasukan.

Other posts by