Football

Febri Hariyadi bakal sertai Andik di Selangor?

Mungkinkah Selangor akan mempunyai pemain import dari Indonesia selain Andik pada masa hadapan?

Nampaknya kelibat bintang muda Persib Bandung, Febri Hariyadi telah mencuri perhatian penyokong pasukan Selangor dan ada yang berharap bahawa pemain muda ini akan menyertai Andik di Selangor pada masa hadapan.

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi bualan penyokong Selangor di media sosial selepas mempamerkan aksi hebat buat skuad Djajang Nurdjaman dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Selain itu, Febri juga telah dipanggil ke skuad bawah 22 tahun Indonesia oleh Luis Milla dan membuat penampilan pertamanya untuk pasukan dalam perlawanan persahabatan menentang Myanmar pada bulan Mac lalu.

Photo credit: Facebook Selangor FC

Salah satu dari laman sosial penyokong Selangor, Facebook Selangor FC menyatakan agar Selangor memerhatikan pemain muda ini dan berharap agar Febri akan menyarung jersi merah kuning suatu hari nanti.

Selain itu, akaun instagram Selangorfans_official menyiarkan satu gambar Febri yang diedit mengenakan jersi Selangor dengan ayat: “Febri Haryadi Next Andik For Selangor?”.

Namun pastinya perkara ini tidak digemari penyokong Persib yang menyayangi bintang muda mereka ini.

Ramai penyokong Persib membalas dengan menyatakan bahawa Febri akan terus kekal bersama Persib Bandung.

https://www.youtube.com/watch?v=LLFl-kLPl6M

Pemain muda ini dikatakan mempunyai corak permainan seperti Neymar dan menjadi antara pemain yang menjadi perhatian dalam skuad Persib walaupun mereka memiliki pemain berstatus marquee player seperti Michael Essien dan Carlton Cole.

Selangor sememangnya mempunyai sejarah yang baik dengan pemain Indonesia.

Sebelum ini, penyerang hebat Indonesia, Bambang Pamungkas telah berjaya membantu Selangor memenangi Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia bersama rakan sepasukannya Elie Aiboy pada tahun 2005.

Selain itu, Bambang turut memenangi anugerah Kasut Emas selepas menjaringkan 23 gol dalam 24 perlawanan bersama Selangor.

Selepas era Bambang dan Elie Aiboy, seorang lagi pemain Indonesia, Andik Vermansyah menyarung jersi merah kuning Selangor.

Bersama Selangor, Andik berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2016 dan mengetuai pasukan hingga ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun lalu.

Jadi adakah Febri Hariyadi akan jadi import terbaru Selangor dari Indonesia?

Other posts by