Football

“Mental jangan cepat koyak” – TMJ to JDT fans

Selepas kekalahan Johor Darul Ta’azim kepada Ceres Negros dalam saingan Piala AFC, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai kata-kata khas untuk penyokong dan pemain JDT.

Menerusi satu video yang disiarkan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, TMJ menyatakan sokongan Baginda kepada penyokong, pemain dan pasukan JDT walaupun tewas kepada kelab Filipina itu.

Photo credit: Facebook Johor Southern Tigers

“Bukannya macam kita tak pernah menang piala 24 tahun. Baru tahun lepas. Penyokong-penyokong lain pulak nak cakap banyak. Pernah menang Piala AFC? Pernah masuk separuh akhir Piala AFC? Tak pernah? Diam saja lah.”

Selain itu, TMJ juga menyatakan sokongan kepada semua pemain JDT dengan menyatakan bahawa jika Baginda diminta membuat pilihan untuk memilih pasukan, dia akan tetap memilih JDT.

TMJ juga sempat memberikan nasihat kepada semua penyokong JDT.

“ Mental jangan cepat sangat koyak, baru kena ejek sikit mental dah koyak. Ini sudah kena ejek banyak tahun, tak lut. Sentiasa stand with your team.”

Dalam perlawanan Piala AFC malam tadi, JDT tewas 2-1 kepada Ceres Negros sekaligus menjadikan agregat 4-4, namun Ceres mara menerusi jaringan di tempat lawan.

Ceres membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Kota Kawase sebelum Gabriel Guerra menyamakan kedudukan buat JDT pada minit ke-65.

Dalam masa kecederaan, Ceres dianugerahkan sepakan penalti selepas Aidil Zafuan didakwa mengasari pemain Ceres dalam kotak penalti.

Fernando Rodriguez menjaringkan gol kemenangan buat Ceres Negros menerusi sepakan penalti tersebut.

Kejadian tersebut menyebabkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias berang dan dia dilayangkan kad merah selepas didapati menolak pihak lawan dan juga pegawai perlawanan.

Other posts by