Laman web Arsenal beri bayangan Alexis Sanchez bakal tinggalkan kelab?

0
Photo credit: The Sun UK

Apakah cara paling teruk untuk peminat mengetahui pemain kegemaran mereka akan meninggalkan pasukan?

Menerusi media? Menerusi gossip di kalangan kawan-kawan? Semuanya bukan. Paling teruk pastilah apabila mengetahui perkara tersebut ketika mahu membeli jersi pemain kegemaran mereka di kedai online pasukan.

Mungkin satu kesilapan atau mungkin bukan apabila penyokong Arsenal kecoh di laman sosial apabila gambar jersi terbaru Arsenal diumumkan kepada semua penyokong semalam.

Paling mengejutkan apabila satu gambar tersebar ketika seorang penyokong mahu membeli jersi terbaru Arsenal yang menunjukkan penyerang Arsenal, Danny Welbeck akan menggunakan nombor 7 pada musim hadapan.

Kenapa ini perkara mengejutkan? Kerana bintang Arsenal, Alexis Sanchez memakai jersi bernombor 7 untuk Arsenal. Ketika melayari kedai online Arsenal, dapat dilihat Sanchez dan Welbeck kedua-duanya menggunakan nombor 7. Adakah ini petanda kuat bahawa Sanchez akan meninggalkan Arsenal?

Pemain Chile itu dikhabarkan akan meninggalkan Arsenal musim ini selepas dia tidak menandatangani kontrak baru. Alexis telah menarik minat kelab seperti Bayern Munich dan Manchester City, tapi masih tiada sebarang tawaran rasmi dilakukan oleh dua pasukan tersebut.

Namun, Alexis tetap muncul dalam iklan untuk memperkenal jersi terbaru Arsenal bagi musim hadapan bersama rakan sepasukan lain. Jadi mungkin kesilapan itu adalah tidak disengajakan oleh Arsenal. Pastinya ada pemain lain atau pemain baru yang lebih sesuai menyarung jersi nombor 7 berbanding Welbeck kan?