Football

Pemain muda Indonesia lebih bersemangat berbanding pemain muda England – Carlton Cole

Mentaliti pemain muda memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan tahap permainan mereka.

Ada di antara pemain muda yang berpotensi tetapi gagal menyinar apabila meningkat dewasa kerana mentaliti mereka lemah.

Bagi pemain berstatus marquee player Persib Bandung, Carlton Cole,dia melihat pemain muda di Indonesia mempunyai mentaliti yang kuat dan cukup bersemangat untuk menimba ilmu dari pemain yang lebih berpengalaman dari mereka.

Dalam satu wawancara bersama SkySports, bekas pemain Chelsea dan West Ham itu memuji pemain muda di Indonesia yang dilihat lebih bersemangat berbanding pemain muda di England.

“Sebilangan pemain muda di England yang bermain di Liga Perdana Inggeris sedikit manja. Mereka tidak tahu apa yang mereka perlukan untuk bermain di tahap tertinggi.

“Namun, ketika saya bermain di Amerika Syarikat atau Persib Bandung, pemain muda tidak ragu-ragu untuk meminta bantuan dan bertanya kepada pemain senior. Anda tidak akan melihat itu di England.”

Namun, Carlton tetap melihat ada pemain-pemain berbakat di Liga Perdana Inggeris terutamanya selepas pasukan bawah 20 tahun England menjuarai Piala Dunia bawah 20 tahun.

“Saya melihat ada ramai pemain berbakat di England.

“Saya tertanya-tanya jika mereka mampu bermain secara kerap di kelab Liga Perdana Inggeris.”

Other posts by