Football

Skuad bawah 22 tahun Indonesia pandang rendah anak buah Datuk Ong Kim Swee

Skuad bawah 22 tahun Indonesia bakal beraksi dalam kumpulan yang sama dengan skuad bawah 22 tahun kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam saingan kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun di Thailand pada 19-23 Julai ini.

Pengurus pasukan bawah 22 tahun Indonesia, Endri Erawan menyatakan bahawa Thailand bakal menjadi pesaing utama untuk skuad Garuda Muda layak ke Piala Asia Bawah 23 tahun.

Endri yang becakap kepada Bola.com turut menyatakan bahawa dia yakin skuad muda Indonesia ini akan dapat menewaskan Malaysia dan Mongolia yang turut berada dalam kumpulan tersebut.

“Saya rasa Thailand masih pesaing utama dan ketika Piala AFF 2016, kita kalah kepada mereka. Kami akan berusaha untuk memberi saingan kepada mereka.

“Semoga kami akan berjaya layak. Bukan bermaksud kami merendahkan Malaysia dan Mongolia, tetapi saya rasa kami akan dapat menewaskan mereka nanti.”

Bagi layak ke Piala Asia Bawah 23 tahun di China, setiap pasukan perlu menjuarai kumpulan mereka atau menjadi salah satu dari lima pasukan tempat kedua terbaik. Hanya 16 pasukan akan layak ke pertandingan akhir Piala Asia Bawah 23 tahun nanti.

Other posts by