Football

Lapan maut, 40 cedera dalam kejadian rempuhan stadium di Malawi

Seramai lapan orang maut dan 40 orang cedera selepas kekecohan berlaku di sebuah stadium di Malawi ketika sambutan hari kemerdekaan pada hari Khamis.

Kejadian tersebut berlaku apabila orang ramai berasak-asak di Stadium Nasional Bingu yang terletak di Lilongwe untuk menyaksikan perlawanan di antara dua pasukan bolasepak tempatan.

Menurut laporan The Daily Times, majoriti yang terkorban dalam tragedi itu adalah kanak-kanak di antara usia lima ke 12 tahun. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku apabila pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang bertolak-tolak kerana mahu masuk ke stadium sempena ulangtahun kemerdekaan Malawi.

Semua yang terlibat dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans, kereta peronda polis dan kenderaan awam, di mana ahli keluarga mangsa hadir untuk mengenalpasti dan melawat mangsa-mangsa yang terlibat.

Kejadian rempuhan tersebut dilaporkan berlaku sekitar pukul 10 pagi ketika pintu stadium dibuka. Akhbar tempatan, The Nation melaporkan bahawa keadaan huru hara dilaporkan berlaku di Hospital Pusat Kamuzu dengan semua petugas merawat kanak-kanak di bahagian kecemasan dan sebilangan dari mereka terbaring di atas lantai kerana tidak cukup katil.

Other posts by